Mengenai kehidupan orang Kristian yang harus menjadi garam dan cahaya dunia, Tuhan mengajar: “Hendaklah semangat rohanimu tetap berkobar-kobar; sentiasa abdikan diri kepada Tuhan. Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa, dan berikan tempat menumpang. Berilah bantuan untuk memenuhi keperluan orang salih. Mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan.”
Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu berkata bahawa apabila kita menyedari rahmat pengampunan dosa dan keselamatan Tuhan serta berkongsi dengan orang lain, maka hal itu memenuhi hukum Alkitab. Orang Kristian yang benar harus saling mengamalkan kasih Tuhan.
Oleh itu, saudara-saudaraku, aku menyeru kepadamu, demi belas kasihan Tuhan ... Janganlah ikut cara dunia, sebaliknya berubahlah menurut pembaharuan fikiranmu.
Dengan demikian, kamu dapat memastikan apa kehendak Tuhan itu, apa yang baik, yang diredai-Nya dan yang sempurna.
Roma 12:1–2 [AVB]
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi