Pada 10 Julai 2022, Forum Alam Sekitar ASEZ WAO pertama telah diadakan.
Kini, semasa mesej amaran tentang pelbagai isu alam sekitar termasuk perubahan iklim berleluasa, pekerja dewasa muda Gereja Tuhan dari lebih 7,500 lokasi di 175 negara dan VIP berkumpul bersama untuk berbincang dan menyampaikan harapan untuk persekitaran masa depan.
Bawah tema, "Adakah Anda Sedang Menangani Perubahan Iklim?", forum ini ialah acara yang bermakna untuk mendengar pendapat pakar tentang perubahan iklim yang secara langsung atau tidak langsung membawa kesan kepada alam sekitar dan masyarakat. Forum ini juga membincangkan bagaimana menanganinya dengan cara praktikal sebagai pekerja.
Sebelum dan selepas forum, pelbagai aktiviti seperti pameran panel dan membuat sapu tangan mesra alam diadakan. Aktiviti tersebut adalah untuk membantu peserta memahami status semasa perubahan iklim dan mempelajari apa yang boleh mereka lakukan dengan cara yang menyeronokkan dan praktikal.
Ketua Ahli Meteorologi WAPA TV Ada Monzón menghantar mesej ucapan tahniah dengan berkata, “ASEZ WAO, dewasa muda Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan berkongsi kasih mereka dan membaktikan masa berharga mereka untuk bumi dan umat manusia dengan mengikut teladan Tuhan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ASEZ WAO.”
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi