Alkitab memberi amaran kepada kita bahawa jika kita membuat salib dan beribadah kepadanya, kita akan dimusnahkan.
“Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya …”Keluaran 20:4
Kebanyakan gereja mempunyai salib sebagai simbol agama Kristian. Namun, Gereja awal tidak menggunakan salib sebagai simbol agama Kristian.
Pada zaman Gereja Awal, salib merupakan alat pelaksanaan hukuman mati untuk penjenayah.
“Bagi umat Kristian awal yang menganggap penyaliban sebagai fakta menakutkan melalui pengalaman biasa, jadi tiada bahaya untuk menghiaskan salib melalui sentimen.” Kamus Teologi Baker
Pada asalnya, salib merupakan salah satu berhala yang melambangkan paganisme.
“Bentuk salib digunakan sebagai simbol, keagamaan atau lain-lain, awal sebelum Era Kristian…”Ensiklopedia Britannica
“Salib digunakan secara umum oleh umat Kristian sebagai simbol pada masa Constantine.”Kamus Teologi Baker
Gereja Kristian telah menerima salib, simbol paganisme.
Apabila orang membuat simbol paganisme dan beribadah kepadanya, mereka telah dimusnahkan.
“… lalu beribadah kepada tiang-tiang berhala dan patung-patung berhala. Oleh karena kesalahan itu Yehuda dan Yerusalem tertimpa murka.”2 Taw 24:18
Kalau begitu, mengapakah umat Israel menyembah berhala walaupun mereka mengetahui bahawa penyembahan berhala membimbing mereka kepada kemusnahan?
Hal ini kerana mereka telah ditipu oleh penyembah-penyembah berhala. (1 Raj 12:28) Penyembah-penyembah berhala menipu umat Israel untuk percaya bahawa berhala di Mesir ialah Tuhan, dan menghasut mereka untuk menyembah berhala.
Bahkan hari ini, penyembah-penyembah berhala menipu orang untuk percaya bahawa salib ialah simbol agama Kristian dan peringatan tentang pengorbanan Yesus agar mereka boleh menyembah salib, iaitu berhala.
“Apabila anda sujud dalam pemujaan imej, sama ada anda menganggapnya sebagai Tuhan atau makhluk, anda sudah pun tertarik dengan kepercayaan karut.” John Calvin (Pengasas gereja Presbyterian) Institut Agama Kristian
“Terkutuklah orang yang membuat patung pahatan atau patung tuangan, suatu kekejian bagi TUHAN, buatan tangan seorang tukang, dan yang mendirikannya dengan tersembunyi.”Ul 27:15
Mereka yang membuat salib dan beribadah kepadanya akan dimusnahkan. (Why 21:8)
Percaya Perjanjian Baru yang ditubuhkan oleh Kristus Ahnsahnghong dan diselamatkan dengan menyertai dalam darah Kristus. (Ef 1:7)
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi