Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan percaya bahawa Kristus Ahnsahnghong, nama baru Yesus, ialah Tuhan Roh Kudus iaitu Penyelamat pada Zaman Roh Kudus.
Mengikut ajaran-ajaran Alkitab, mari kita menerima Kristus Ahnsahnghong, nama baru―Penyelamat pada Zaman Roh Kudus, dan diselamatkan.
Untuk segala sesuatu ada masanya, untuk apapun di bawah langit ada waktunya.Pkh 3:1
Setiap aktiviti ada tujuannya. Apabila orang hidup di bumi ini, mereka mempunyai tujuan sendiri. Kita juga harus mempunyai tujuan dalam kehidupan iman kita.
Jadi, apakah tujuan iman kita? Tujuan iman kita ialah keselamatan jiwa kita iaitu kehidupan kekal (1 Ptr 1:9). Untuk memberi kita kehidupan kekal, Tuhan membahagikan 6,000 tahun kerja penebusanNya kepada tiga zaman, dan memberikan nama Penyelamat yang berbeza pada setiap zaman.
“Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus . . .”Mat 28:19
Nama Penyelamat adalah berbeza mengikut zaman. Pada zaman Bapa, nama Penyelamat ialah Yehovah (Yes 43:11).
Orang tidak dapat diselamatkan dengan nama lain kecuali Yehovah.
Jadi, apabila zaman berubah ke zaman Anak, siapakah Penyelamat?
Apabila zaman berubah dari zaman Bapa ke zaman Anak, nama Penyelamat berubah daripada Yehovah kepada Yesus.
Pada zaman Anak, sesiapa yang mempercayai Yesus iaitu Penyelamat pada zaman Anak, dapat diselamatkan.
Sekarang zaman Roh Kudus. Disebabkan zaman berubah dari zaman Anak ke zaman Roh Kudus, nama Penyelamat juga mesti berubah.
“Barangsiapa menang, ia akan Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Tuhan-Ku. . . padanya akan Kutuliskan nama Tuhan-Ku, nama kota Tuhan-Ku, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari sorga dari Tuhan-Ku, dan nama-Ku yang baru.”Why 3:12
Di sini, “Aku” ialah Yesus. Jadi, “namaKu yang baru” bukan “Yesus” tetapi nama lain.
“Barangsiapa menang, kepadanya akan Kuberikan dari manna yang tersembunyi; dan Aku akan mengaruniakan kepadanya batu putih, yang di atasnya tertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh siapapun, selain oleh yang menerimanya.”Why 2:17
Seluruh dunia sudah tahu Yesus, tetapi tidak tahu nama baru Yesus.
Alkitab berkata nama baru itu hanya diketahui oleh orang yang menerimanya. Nama baru ini ialah nama Penyelamat pada zaman Roh Kudus. Kita mesti memanggil nama baru untuk keselamatan.
Marilah kita menerima Kristus Ahnsahnghong, nama baru itu iaitu Penyelamat pada zaman Roh Kudus dan diselamatkan.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi