Apakah itu Triniti? Triniti bermaksud bahawa Tuhan Bapa Yehovah, Tuhan Anak Yesus dan Tuhan Roh Kudus adalah satu Tuhan, bukan entiti yang berasingan. Untuk memahami maksud Triniti, marilah fikirkan tentang perubahan keadaan air.
Air, ais dan wap mempunyai bentuk dan nama yang berbeza, tetapi asasnya adalah sama [H2O]. Begitu juga, Tuhan muncul sebagai Penyelamat dalam betuk dan nama yang berbeza pada setiap zaman, tetapi Tuhan Triniti pada dasarnya adalah sama.
“Sebab seorang anak telah lahir untuk kita ... dan namanya disebutkan orang ... Tuhan yang Perkasa, Bapa yang Kekal ...”Yes 9:5
Alkitab memberikan kesaksian tentang Yesus yang dilahir sebagai bayi ialah Tuhan yang Perkasa, iaitu Yehovah. Ini bererti, Tuhan Bapa Yehovah dan Tuhan Anak Yesus adalah satu dan yang sama. Para rasul Gereja Awal memahami hubungan antara Yehovah dengan Yesus dan bersaksi bahawa Yesus adalah dalam rupa Tuhan.
“Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, yang walaupun dalam rupa Tuhan ...”Flp 2:5-9
Semasa Perjanjian Baru ditulis, Tuhan selalu dirujuk sebagai Tuhan Bapa Yehovah. Para rasul mengajar bahawa Yesus adalah dalam rupa Tuhan Bapa Yehovah, datang sebagai manusia untuk menyelamatka kita. (Rm 9:5)
“Siapa gerangan di antara manusia yang tahu, apa yang terdapat di dalam diri manusia selain roh manusia sendiri yang ada di dalam dia? Demikian pulalah tidak ada orang yang tahu, apa yang terdapat di dalam diri Tuhan selain Roh Tuhan.” 1 Kor 2:11
Tidak ada orang yang tahu, apa yang terdapat di dalam diri manusia selain roh manusia sendiri. Begitu pun, tidak ada orang yang tahu, apa yang terdapat di dalam diri Tuhan selain Roh Tuhan. Alkitab memberikan kesaksian tentang Roh Kudus menyelidiki segala sesuatu, bahkan hal-hal yang tersembunyi dalam diri Tuhan.
“Karena kepada kita Tuhan telah menyatakannya oleh Roh, sebab Roh menyelidiki segala sesuatu, bahkan hal-hal yang tersembunyi dalam diri Tuhan.” 1 Kor 2:10
Hakikat bahawa Roh Kudus mengetahui segala sesuatu—bahkan hal-hal yang tersembunyi dalam diri Tuhan—bermaksud bahawa Roh Kudus ialah Tuhan Sendiri. Ini bererti, Tuhan Bapa Yehovah dan Tuhan Roh Kudus adalah satu dan yang sama.
“... namun jika seorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang pengantara pada Bapa, yaitu Yesus Kristus, yang adil.” 1 Yoh 2:1
Alkitab memberikan kesaksian bahawa Yesus ialah Pengantara kita. Perkataan pengantara berasal daripada perkataan Yunani iaitu parakletos (παράκλητος) yang diterjemahkan sebagai Penghibur. Alkitab memberikan kesaksian bahawa Yesus ialah Penghibur. Alkitab juga memberikan kesaksian bahawa Roh Kudus ialah Penghibur.
“... tetapi Penghibur, yaitu Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku, Dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu ...”Yoh 14:26
Ini membuktikan bahawa Yesus dan Roh Kudus adalah satu dan yang sama. Alkitab mengajar kita bahawa Tuhan Bapa Yehovah, Tuhan Anak Yesus dan Tuhan Roh Kudus adalah satu dan yang sama.
Satu Tuhan itu muncul dalam bentuk dan nama yang berbeza untuk kerja penyelamatan pada setiap zaman.
Jika anda percaya kepada Triniti, anda akan menyedari bahawa Tuhan Bapa Yehovah, Tuhan Anak Yesus dan Tuhan Roh Kudus Ahnsahnghong adalah Tuhan yang sama tanpa perbezaan dalam perkerjaan-Nya.
Tuhan Bapa Yehovah yang menciptakan segala sesuatu ialah Tuhan Roh Kudus Ahnsahnghong. Roh Kudus Ahnsahnghong membelah Laut Merah untuk menyelamatkan orang Israel pada 3,500 tahun yang lalu, dan menderita di atas salib untuk mengampunkan dosa kita pada 2,000 tahun yang lalu.
Apabila Dia datang ke bumi ini, orang kudus Gereja Awal menyedari bahawa Tuhan Anak Yesus ialah Tuhan Pencipta, jadi mereka menerima keselamatan. Begitu juga dengan zaman ini. Kami berharap anda dapat menerima keselamatan dengan menyedari bahawa Roh Kudus Ahnsahnghong ialah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi