Tuhan menetapkan hari Musa turun dengan Sepuluh Hukum yang kedua sebagai Hari Pengampunan Dosa, dan Perayaan Pondok Daun ialah perayaan apabila umat Israel membina Khemah Suci untuk menyimpan loh-loh batu Sepuluh Hukum.
Pada 3,500 tahun dahulu, perkara yang paling penting untuk membina Bait Suci Tuhan ialah orang yang tergerak hati dan orang yang ikhlas jiwa banyak mempersembahkan bahan untuk pembinaan Bait Suci.
Hari ini, seluruh dunia berduyun-duyun datang kepada Kristus Ahnsahnghong dan Ibu Yerusalem Syurgawi, kerana umat Tuhan dilambangkan seperti pelbagai jenis bahan yang membentuk Bait Suci Yerusalem. Sepertimana pelbagai jenis ranting pokok dikumpulkan untuk diletakkan di pelantaran Bait Suci dan di atas bumbung pada Perayaan Pondok Daun dalam Perjanjian Lama, umat Tuhan diramalkan akan datang berduyun-duyun seperti pelbagai jenis pokok kepada Yerusalem.
Sesudah itu datanglah semua orang yang tergerak hati mereka dan semua orang yang ikhlas jiwa mewakafkan persembahan khusus kepada TUHAN untuk pengerjaan Khemah Pertemuan, untuk seluruh peribadatannya, dan untuk pakaian suci. Setiap orang yang ikhlas hatinya, baik lelaki mahupun perempuan, datang …
Keluaran 35:21-22 [AVB]
[Y]ang dibangun di atas dasar para rasul dan para nabi, dengan Kristus Yesus sebagai batu penjuru. Di dalam Dia tumbuh seluruh bangunan, rapih tersusun, menjadi bait Tuhan yang kudus, di dalam Tuhan. Di dalam Dia kamu juga turut dibangunkan menjadi tempat kediaman Tuhan, di dalam Roh.
Efesus 2:20-22
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi