Pernahkah anda mendengar tentang sel tunjang?
Sel-sel tunjang mempunyai kebolehan yang luar biasa untuk memperbaharui diri dan membezakan pelbagai jenis sel, termasuk sel-sel di dalam paru-paru, tulang, jantung, hati dan organ-organ lain.
Sel-sel ini memainkan peranan penting dalam perkembangan dan penyelenggaraan organisma hidup.
Tanpa sel tunjang, organisma hidup tidak wujud.
Sel-sel ini juga dikenali dengan nama lain: sel ibu.
Antara banyak sel tunjang, sel tunjang hematopoiesis memainkan peranan yang penting untuk menjaga kehidupan individu.
Ia menggunakan sistem imun yang spesifik untuk menyasarkan dan menghapuskan faktor-faktor berbahaya yang boleh mengancam atau merosakkan nyawa dan keselamatan individu.
Tuhan menyatakan kehendak-Nya melalui segala sesuatu seperti ini.
Alkitab memberitahu kita tentang Tuhan Elohim, iaitu Roh Kudus dan Pengantin Perempuan yang merupakan sumber kehidupan dan melindungi kita sama seperti sel tunjang.
Roh dan pengantin perempuan itu berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang mendengarnya, hendaklah ia berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang haus, hendaklah ia datang, dan barangsiapa yang mau, hendaklah ia mengambil air kehidupan dengan cuma-cuma!
Wahyu 22:17
Alkitab mengajar kita bahawa Roh dan Pengantin Perempuan ialah sumber kehidupan pada zaman ini, dan Tuhan Ibu melindungi kita daripada Syaitan serta memberi kita air kehidupan.
Sepertimana kita tidak dapat hidup di bumi ini tanpa sel tunjang, roh kita tidak dapat hidup tanpa Tuhan Ibu.
Semoga anda mempelajari lebih Tuhan Ibu melalui Alkitab dan menerima berkat kehidupan kekal yang diberikan oleh Tuhan Ibu.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi