Tuhan memberi semua manusia masa untuk bertaubat daripada dosa-dosa mereka yang dilakukan di Syurga serta peluang untuk mempercayai Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu yang datang dalam bentuk badan. Selepas itu, Tuhan akan memisahkan orang yang akan memasuki Syurga dengan orang yang akan dihukum masing-masing menurut perbuatan mereka.
Antara orang yang akan dihukum, ada orang seperti Yudas Iskariot yang menjual Yesus melalui penilaian yang salah, nabi palsu seperti Bileam yang buat umat Tuhan menyembah berhala dengan nasihat jahat, dan juga orang yang memusnahkan kebenaran Tuhan serta menyembah dewa matahari melalui peraturan seperti ibadah hari Ahad dan Krismas sepertimana Raja Ahab dan Izebel mengambil kebun anggur Nabot.
Bukankah perempuan-perempuan ini, atas nasihat Bileam, menjadi sebabnya orang Israel berubah setia terhadap TUHAN dalam hal Peor, sehingga tulah turun ke antara umat TUHAN.
Bilangan 31:16
Tetapi Aku mempunyai beberapa keberatan terhadap engkau: di antaramu ada beberapa orang yang menganut ajaran Bileam, yang memberi nasihat kepada Balak untuk menyesatkan orang Israel, supaya mereka makan persembahan berhala dan berbuat zinah.
Wahyu 2:14
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi