Tuhan, iaitu Penyelamat manusia, telah memberi kita berkat pengampunan dosa dan Kerajaan Syurga yang abadi melalui Paskah. Dia berfirman dengan tegas bahawa orang yang menyambut Paskah akan diakui sebagai umat Tuhan yang akan menerima kewarganegaraan Syurga dan keselamatan.
Yesus yang datang pada 2,000 tahun dahulu serta Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu pada zaman ini mengajar kita secara konsisten bahawa memanggil Tuhan dengan bibir sahaja tanpa menyambut Paskah ialah iman yang sia-sia.
Tuhan memberikan Paskah Kedua kepada orang yang tidak dapat menyambut Paskah pada masa yang ditetapkan, kerana Paskah ialah perayaan yang sangat penting untuk membezakan umat Tuhan yang benar.
“Orang Israel harus merayakan Paskah pada waktunya; … Tetapi ada beberapa orang yang najis oleh karena mayat, sehingga tidak dapat merayakan Paskah pada hari itu. ... Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa: “ ‘ ... ia harus juga merayakan Paskah bagi TUHAN. Pada bulan yang kedua, pada hari yang keempat belas, pada waktu senja, haruslah orang-orang itu merayakannya; … Sebaliknya orang yang ... lalai merayakan Paskah, orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya, ...’ ”
Bilangan 9:2-13
“Jadi dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka. Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga.”
Matius 7:20-21
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi