Bahagian yang paling misteri di dalam buku ini ialah Kejadian yang merujuk Tuhan sebagai “Kita.”
Apabila Tuhan Bapa menciptakan manusia, Dia tidak berfirman,
“Baiklah Aku menjadikan manusia . . .” tetapi Dia berfirman, “Baiklah Kita menjadikan manusia . . .” (Kejadian 1:26)
Tuhan itu satu, iaitu “Bapa”! Namun, mengapakah Tuhan direkodkan sebagai “Kita” di dalam Alkitab?
“Pada mulanya Tuhan menciptakan langit dan bumi.”Kejadian 1:1
Di dalam Kitab Taurat, iaitu Alkitab asal, ayat ini tertulis sebagai “Elohim” yang bermaksud “Tuhan-Tuhan.” Elohim bermaksud “Tuhan-Tuhan” sebagai bentuk jamak “El” atau “Eloah” yang menandakan Tuhan dalam bentuk tunggal. Di dalam Alkitab, Tuhan direkodkan sebagai Tuhan-Tuhan [Elohim] melebihi 2,500 kali.
Ini menunjukkan mesti ada Tuhan lain selain “Tuhan Bapa.” Lelaki dan perempuan diciptakan menurut imej Tuhan.
“Maka Tuhan [Elohim] menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Tuhan [Elohim] diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.”Kejadian 1:27
Lelaki diciptakan menurut imej “Tuhan Bapa.” Perempuan diciptakan menurut imej “Tuhan Ibu.” Tuhan Pencipta “Elohim” ialah Tuhan Bapa dan “Tuhan Ibu.”
Dan diramalkan bahawa Tuhan akan muncul pada akhir zaman. (1 Timotius 6:15)
Pada zaman Anak, Tuhan muncul sebagai Yesus.
Pada zaman ini, Tuhan Elohim, iaitu Tuhan Bapa dan “Tuhan Ibu”, datang dalam badan manusia demi menyelamatkan manusia.
Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan mempercayai Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu sebagai Roh dan Pengantin Perempuan iaitu Penyelamat pada Zaman Roh Kudus.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi