Syaitan menipu umat Tuhan untuk menghalau mereka keluar dari Syurga ke bumi ini dan terus menipu mereka agar mereka tidak dapat kembali ke Kerajaan Syurga.
Untuk ini, dia memansuhkan hari Sabat dan Paskah agar umat Tuhan tidak dapat menyembah Tuhan, serta memperkenalkan adat dewa matahari seperti ibadah hari Ahad dan Krismas ke dalam Bait Tuhan.
Elia mengalahkan 850 orang nabi palsu melalui ibadah yang dipersembahkan kepada Tuhan. Yesus mengatasi Syaitan dengan firman, “Engkau harus menyembah Tuhan, Tuhanmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!” Pada zaman Roh Kudus, Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu mengajar kita bahawa kita dapat melayani Tuhan sahaja untuk menerima pengampunan dosa dan kembali ke Kerajaan Syurga yang abadi dengan mengikut Perjanjian Baru.
“Janganlah kamu berbuat seperti yang diperbuat orang di tanah Mesir, di mana kamu diam dahulu; juga janganlah kamu berbuat seperti yang diperbuat orang di tanah Kanaan, ke mana Aku membawa kamu; janganlah kamu hidup menurut kebiasaan mereka. Kamu harus lakukan peraturan-Ku dan harus berpegang pada ketetapan-Ku dengan hidup menurut semuanya itu; ... ... Orang yang melakukannya, akan hidup karenanya; Akulah TUHAN.” Imamat 18:3-5
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi